BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 29, 2011

Diari Remaja 1

BAB 1

SHRITTTTTTTTTTTTT.....
     " Hoi! buta ke?aku berdiri di tepi pun ko nk langgar," pekikku ke arah pemuda yang hampir merempuhku tadi.
     "Maaf cik, sy tak sengaja, lori belakang tu laju sangat. motor sy dihimpitnya ke tepi," balas pemuda itu dengan agak panik.
     "Sudahlah, kalu awak tak laju masakan jadi begini. Itu pun nasib baik aku mengelak. kalu tidak dah jadi arwahlah aku," bentakku geram.
     Aku berlalu dengan hati yang panas. Pemuda yang kumaki tadi nampak bengang. Ah! Pedulikan!! Naik motor bukan main laju. Mentang-mentanglah motor dia besar, nak berlagak pulak.
     Basikal racing kukayuh laju. Inilah hartaku satu-satunya dalam hidupku dan juga intan payungku. Kalau kemalangan tadi alamat jalan kakilah aku bila hendak merambu, yang sememangnya kerja aku sejak jadi penganggur terhormat.
     Memerap di rumah pun bosan jugak. Lainlah kalu aku insan seni. semua yang keluar dari otakku adalah 'sempoi' belaka. Tidak boleh dibuat seni dan kalau dipaksa tentu jadi gila. Lagi haru!!=)
     Aku tersenyum sendirian sambil mengayuh laju basikal racingku. Setiap mata memandang terasa begitu aneh sekali. Mungkin hairan melihat sikapku yang tersenyum sendirian. Itu mereka punya pasallah. Yang pasti, aku masih waras lagi.
     Sesampai aku di rumah, adikku tersenyum memanjang. Ini mesti ada apa-apa, kalau tidak masakan macam kerang busuk. Aku membiarkannya tersengih sendirian. Malas aku hendak melayannya.
     "Sis, tadi abang Fiq telefon. Dia tanya jadi tak pergi menontin teater di maktabnya?" beritahunya.
     "Tengoklah dulu. Lagipun teater tu lagi dua minggu lagi. Ada sesiapa tahu Fiq telefon, Fika? tanyaku pantas. Aku tidak mahu sesiapa tahu perhubungan aku dengan Fiq. Fika penyimpan setia rahsiaku. Aku kagum dengan sikapnya itu.
     "Tak," jawabnya ringkas.
     Aku menarik nafas lega. Fiq... hatiku berdetik. Kadang-kadang rasa bosan jugak bila dia ajak keluar. Balik2 menonton teater. Aku tahu dia amat berminat dengan teater. Bagaimana dengan aku? Takkan aku mesti menurut katanya sahaja, aku juga mempunyai hak dalam hidup.
     Aku benci pada teater. Setiap kali aku menonton teater hanya untuk mengambil hati Fiq jejaka yang aku minati. Terasa seperti bodoh pulak aku ni.
     Aku bukan seorang murid yang baru masuk tadika. Mengapa mesti aku mengikut telunjuk orang? Mungkin sebab aku gila bayang dengan Fiq. Mungkin juga...
     Aku tahu buat masa ini dia seorang lelaki yang jujur dan baik hati terutamanya kepadaku. Lagipun ketampanan dan keikhlasan hatinya menyebabkan aku sentiasa menunggunya. Masakan tidak, kalau aku melihatnya terasa aku melihat penyanyi kegemaranku, Aizat.
     Aduh... terlalu jauh aku merepek. Agaknya mengapa aku sukakan Fiq padahal semasa di sekolah dulu ramai juga yang menaruh hati padaku. antaranya Syuk dan Man.
     Mereka berdua pernah bergaduh keranaku. Bodoh betul mereka. Muka macam aku pun mereka hendak berebut. Kalaulah aku 'cun' macam Siti Nurhaliza tak mengapalah juga. Aku sedar siapa diriku.
     Aku cuma meminati Fiq. Waktu itu hanya Fiq sahaja yang boleh membuka pintu hatiku. Maklumlah pintu hatiku tertutup rapat umpama kulit durian muda. Paling menghairankan aku sehingga kini tidak pernah Fiq mengucapkan kata cintanya kepadaku. Hanya yang pernah telingaku dengar ialah dia sukakan aku, bukannya cinta. Apa, dia ingat aku batu tepi jalan ke? Boleh dikutip jika mahu dan lemparkan bila tidak mahu!
     "Entahlah..." aku mengeluh panjang.
     Perhubunganku dengan Fiq memang telah lama terjalin. Kini dia telah pun melanjutkan pelajarannya di maktab@IPKB@ skunk sudah menjadi IPG Kampus Kota Bharu. Sedangkan aku sudah hampir setahun menganggur. Semua permohonan yang aku minta untuk belajar dan bekerja ditolak. Tak layakkah aku? Dunia sekarang walaupun ada kelulusan belum tentu boleh hidup senang. Agaknya aku dilahirkan di tahun salah? Astaghfirullah..tak baik betul aku menyalah takdir...
     Cita-citaku memang besar. Aku ingin menjadi pensyarah tetapi dalam keadaan sekarang jadi penganggur terhormatlah aku nampaknya.
     Fiq adalah satu-satunya insan yang sentiasa memberi aku nasihat dan dorongan dari dulu sampailah sekarang. Memang sesuailah dia menjadi seorang pendidik. Tentu muridnya sayang kepadanya nanti. Aku pun begitu juga.
     Teringatkan Fiq, segera diari ungu baldu yang diberikan oleh Fiq semasa aku di bangku sekolah kutatap. Indah sekali ukiran di kulit diari itu. Apakah hati Fiq juga seungu buku itu? Adakah cintanya juga seindah ukiran diari pemberiannya itu? Kalau ya, baguslah.
     Sudah banyak coretan yang kucatatkan di dalam diari itu. Perkara suka dan duka. Kadangkala penat juga otakku memikirkan apa yang harus ditulis untuk helaian diari itu.
     Aku lantas mencium diari itu. Terbayang wajah tampan Fiq. Aku kagum dan yakin pada Fiq dan aku tidak mahu kepercayaan dan kejujuranku dipermainkan. Aku juga mahu Fiq menunjukkan sikap yang sama kepadaku.
     Sesungguhnya alam sekeliling juga mengakui bahawa anak gadis ini telah mula dijangkiti alam remaja yang penuh khayalan. Ya, itulah yang selalu kudengar dari mereka yang dilamun cinta. Betul ke? Kugaru kepala yang tidak gatal.
     Dulu semasa aku di bangku sekolah mungkin aku masih belum tahu menghargai kasih dan perhatian yang diberikan oleh seorang lelaki. Kini aku telah memahami erti kasih yang dicurahkan olehnya. Itu tandanya aku sudah mula menjadi dewasa dan bergelar remaja.
     "Hoi! Ni apa mengelamun memanjang. Dah kene angau ke?"
     "Ah! Ko jangan menyibuklah Fika," jawabku sambil membalingkan bantal busukku kepadanya. Sial! Tidak mengena.
     "Sis ni apa dah jadi? Sejak balik tadi diam je? Kekasih dah lari ke atau dikebas orang?" perli Fika.
     " Kekasih..  kekasih jangan sebut. Sensitif tau..." balasku.
     "Hai, bila pulak sis jadi minah sensitif ni?"
     "Bila-bila yang aku rasa perlulah," valasku sambil menjeling Fika yang masih tercegat di depanku.
     "Sis ni ada masalah dengan abang Fiq ke?" soal Fika yang asyik memerhatiku.
     "Tak adalah. Yang ko tu sibuk kenapa?"
     "Biasalah. Takkan itu pun tak boleh tanya," rungut Fika lalu keluar dari bilikku.
     Aku segera menutup pintu bilikku. Diari ungu pemberian Fiq kusimpan kembali dalam laci meja tulisku. Berselerak sekali barang-barangku di dalam laciku itu.
     "Ini mesti kerja Fika. Kalau bukan dia, siapa lagi yang rajin menyelongkar harta bendaku. teringin nak jadi spy ke?" marahku sendirian.
     Setelah mengemaskan segalanya aku berbaring di atas lantai bilikku yang beralaskan permaidani. Radio comel berwarna ungu kupasang perlahan. Lagu sentimental rock yang dipasangkan oleh DJ FaFau membuatkan mataku hampir kuyu. Lama-kelamaan terasa begitu sayup sekali bunyinya.

p/s: nantikan sambungan yer..komenla ape yang patut..buah cempedak diluar pagar..ambil galah tolong tunjukkan..sy budak baru belajar..apa yang salah tolong komen..hehe(^_^)..

0 comments:

Post a Comment