BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Buat Renungan. Show all posts
Showing posts with label Buat Renungan. Show all posts

Friday, February 4, 2011

Solat Qasar & Solat Jama'


Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
Solat Qasar
Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
Syarat Solat Qasar
1. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
2. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu)
3. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam(sempurna)
5. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)


Solat Jama’
Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Syarat Solat Jama’
• Solat Jama’ Taqdim
1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
• Solat Jama’ Ta’khir
1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib
2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
Contoh Niat
• Jama’ Taqdim
i. Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
• Jama’ Ta’khir
i. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunka kepada Asar tunai kerana Allah Taala


Read more...

Thursday, December 30, 2010

personaliti ikut tarikh lahir kita-fadhilah kamsah

JANUARI
Bercita-cita tinggi, serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang, suka mengkritik, rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas, teratur, bersifat sensitif, berfikiran mendalam, pandai mengambil hati orang lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tapi tak pandai mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yang sangat tinggi.
(Bace la yerk IZAM n AMER..)


FEBRUARI
Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak, genius, berpersonaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu, rendah diri, jujur, setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, berscita-cita tinggi, suka berangan, ada harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamerkan emosi. (nie plak utk SUE..huhu)



MAC
Berpersonaliti yang menawan dan menarik, mudah didampingi, sangat pemalu, pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah, mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam-kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam muzik, kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody. (bln nie sape yerk..erm EKA n YAN..mereka berdua nie lahir pd 28/3)



APRIL
Sangat aktif and dinamik, cepat bertindah buat keputusan tapi cepat menyesal, sangat menarik dan sangat manjakan diri, punya daya mental yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai memujuk), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang, sangat berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan-santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam-kabut untuk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu. (jaga-jaga yer AL n CIK TEN..huhu)



MEI
Kekerasan hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu, bahagian telinga dah leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang tinggi, pemikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros. (tnye la pada diri FIRA sama ad btul k x..huhu)




JUN
Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, bersikap terus-terang, berperangai yang lemah-lembut, mudah berubah, sikap, perangai, idea dan mood, idea yang terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, berani dan tiada perasaan takut, suka bercakap dan berdebat, pandai menawan dan memukau, suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat tertib dan tulus, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas dan bergaya, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak terkawal, sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi sesiapa yang menegur saya adalah kawan saya. (erm..rmai la jgak kwn2ku lhir pd bln nie termasuk IDAH, INA, HUDA n WANI

JULAI
Sangat seronok didamping, banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali diransang, ada harga dan maruah diri, tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain dengan pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja. (bce la yerk NOLY...my roomate, ZAHA@KUYUP, SHIMA n K.JUE )

OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan-santun dan caring terhadap orang lain, berani dah tidak tahu takut, orangnya agak tegas dan bersifat kepimpinan, pandai pujuk orang lain, terlalu pemurah dan bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yang luarbiasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin dan dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam-kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan. (K.MIRA bace yerk..tgk personaliti dirimu!!!!!!!!!)


seterusnya personliti diriku, TIEHA
SEPTEMBER
Sangat bersopan-santun dan bertolak-ansur, sangat cermat, teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat perihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang banyak berfikir, daya pentaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, bersistematik.




OKTOBER
Suka sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan dan sopan-santun, kecantikan luar dan dalam, tidak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan dan pandai bercakap, emosi yang kelam-kabut, daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera dan seni, pengasih, penyayang dan lemah-lembut, romantik dalam percintaan, mudah terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat. (personliti ko
SYAM..)


NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi, bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian, dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak-ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, benci pada kongkongan, suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik. (personaliti AINUR)


Read more...

Saturday, December 4, 2010

subhanallah..

Subhanallah..
hanya itu yg aku mampu katakan apabila terbaca sebuah note seseorang di Facebook..
note nie aq nak kongsikan kat korang..moga korang terasa apa yg aq rasekan apabila terbaca note ini..

Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan
pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..
rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..


Read more...

Tuesday, November 9, 2010

fahami la isi hati wanita..

org lain sibuk stdy aq ad masa lg duk update blog..hehe

skunk aku ad panduan nk dikongsikn..
panduan nie aq terbace dalam FB..
so, aq copy je masuk dlm blog aq..hehe maaf la ek..saje nk post...
lelaki wajib bace petikn yg aq nk post nie taw!!huhu..

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

p/s: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)


Read more...

Saturday, October 30, 2010

kelakarnyer suamiku ini!!..hehe

erm..lame kan aq update ko wahai blog..hehe

erm..ari aq ad kisah nk korang bace..bace yer jgn xbace!!=)
ceritanyer bermula begini..............

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…

mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak

tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah

plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!!

Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!


Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan.

Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..

call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..

seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!!

Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!!

Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…

Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…

Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..

Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…

aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..

panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..

then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…

terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..

hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…

biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....

kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!!

Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…

aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat

bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..

Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi

Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…

sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai

beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak

kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak perasan ker??

Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..

takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh??

Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab

saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit

ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak perasan ker??

Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan

klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…

Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak perasan ker??

Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..

sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…

tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

Love,

Suamimu


suka x kisah nie..

so sweet kn??

erm..arap2 aq dapat la suami mcm nie...

aminnnnnnnnn...



Read more...

Saturday, September 11, 2010

RENUNGILAH!!!


Carilah hatimu di tiga tempat:


1. Hatimu ketika mendirikan solat
2. Hatimu ketika membaca al-Quran
3. Hatimu ketika mengingati mati

Tetapi, jika tidak kamu temukan hatimu di ketiga-tiga tempat ini
MAKA..
berdoalah pada Allah, agar memberikanmu sekeping hati supaya
dapat kamu menjalankan 3 amalan tadi dengan tulus & ikhlas


Read more...

Friday, September 10, 2010

UntuKMU AdAM & haWa

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.


Read more...

Thursday, September 9, 2010

WARKAH DARI IBU UNTUK ANAK TERSAYANG

Anakku sayang,
Sesunguhnya kamu permata hati ibu. Sejak kecil ibu mengasuhmu, membelai, mendidik, memberi segala harapan kamu akan menjadi manusia yang berguna. Bahagia di dunia dan di akhirat.

Anakku sayang,
Tahukah kamu anakku bahawa kehadiranmu membawa seribu makna dalam keluarga. Akhlak yang terpancar dari keperibadianmu menjadi kebanggaan ibu. Sebaliknya ibu rasa terkilan kamu mengenepikan soal adab dan akhlak dan menjadi seorang yang kurang ajar. Tapi ibu tahu anak ibu orang yang baik.

Anakku sayang,
Ibu menaruh harapan tinggi terhadap kejayaanmu. Ibu tidak mengharapkan apa-apa balasan, apatah lagi wang ringgit darimu. Kekadang ibu bimbang tentang nasib masa depanmu. Ibu sedar segalanya telah ditentukan Tuhan. Tetapi anakku, kita mesti berusaha, berikhtiar serta berdoa untuk mengubah kehidupan kita. Sebab itu ibu selalu berpesan perkara yang sama. Tapi ibu tahu kamu anggap itu semua leteran. Tak mengapalah anakku. Satu hari nanti kamu akan faham juga.

Anakku sayang,
Kehidupan ini selalunya indah. Kekadang kita menghadapi masalah. Kita runsing. Kita buntu. Lebih-lebih lagi bila kita gagal mencari jalan penyelesaiannya. Seandainya kamu berada dalam situasi begini, dekatilah ibu. Dampingilah ayahmu atau guru-gurumu. Mintalah nasihat dari mereka. Banyaklah bersabar dan mohonlah petunjuk dari Allah S.W.T

Sebaliknya anakku, janganlah kamu pendamkan masalahmu. Ibu takut kamu akan melakukan sesuatu yang tak sepatutnya kamu lakukan. Ibu juga khuatir kalau-kalau kamu mendekati rakan-rakan yang juga bermasalah. Lalu mereka cuba mempengaruhimu dengan sesuatu yang tidak baik atau terkeji. Anakku, ibu merayu padamu jangan sesekali kamu menghampiri dadah atau terlibat dalam pergaulan bebas yang tak mengenal batas.

Anakku sayang,
Kamu seorang yang mulia dan bermaruah tinggi. Jadikanlah dirimu contoh teladan yang baik kepada yang lain atau sekurang-kurangnya kepada adikmu atau keluargamu. Berusahalah anakku untuk menguasai ilmu dengan mencipta kecemerlangan dalam pelajaran. Dengan ilmu nanti, kamu akan membezakan nilai yang baik dan yang buruk. Kamu juga dapat meneruskan agenda perjuangan pemimpin-pemimpin hari ini.

Anakku sayang,
Banyaklah bersyukur kepada Allah S.W.T. Buanglah perasaan bosan dan jemu ketika menghadapi pelajaran. Ibu sentiasa berdoa semoga kamu menjadi anak yang soleh. Lalu boleh mendoakan kesejahteraan ibu ayah nanti. Tingkatkan dan ketaqwaan serta jangan sesekali meninggalkan solat. Ingat pesan ibu, jagalah solatmu!

Anakku sayang,
Ibu berdoa semoga kamu berjaya dan bahagia menghadapi detik-detik mendatang. Andainya ibu sudah tiada lagi nanti, doakanlah untuk kesejahteraan ibu. Ingatlah segala pesan ibu. Sampaikan pesan ibu pada anak-anak nanti. Didiklah mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya ibu terhadapmu. Semoga warkah ini bersemadi dalam sanubarimu.........


Read more...

Wednesday, June 23, 2010

TERAPI MINDA

Kisah budak 5 tahun

Biha meminta untuk dicuci rambutnya. Memandangkan syampoo bayi johnson dan johnson sudah habis dia mengambil sedikit syampoo"kepala dan bahu".
"Haa..tak mo laa..Biha tak de kutu"
"Aiyokk..Ni bukan syampoo kutu laa..ni syampoo kelumumur"
Ketawa

Kisah budak 9 tahun
"Pupuk rini..pupuk rini"
"Kalau enggak dipupuk nanti digeget nyamuk."
Sambil menepuk-nepuk untuk menidurkan adiknya. Dia ketawa. Hebat betul penangan drama Indonesia "Mutiara Hati"

Kisah budak 3 tahun
"Ok Maira, meh salam"
"Tak mo, Maira nak balik juga," sambil menyorok tangannya ke belakang
"Maira nak pusing," katanya perlahan.
"Apa dia?"kata dia sambil mendekat telinga ke Maira.
"Maira nak pusing-pusing."
Aiyok kena denda la dia.

Kisah budak 5 tahun
"Cantiknya dia..dah makin putih sekarang ni," tegur dia.
Budak itu tersipu ayu.
"Makan apa sampai putih ni?" tanya dia.
"Makan telur"
Ketawa.


Read more...