BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 18, 2012

nnn


Read more...

Friday, June 3, 2011

salam...

dh lama xupdate blog nie...

huhu... skunk ad kat dungun..
esk plak kenduri kawin sepupu..faizal & farina
moga berbahagia ye.,,
=))


Read more...

Saturday, March 5, 2011

xciment!!

xciment menimbun2..

ntah bile aq nk buat..
sem ini sangat busy...
nie list kebizianku:
1. KOT
2. Sukantara
3. BIG-nie dah selesai tp tinggal buat refleksi plak!!
4. lawatan pj- nasib baik dh selesai tp kene buat balik refleksi..sedey ='(
5. perbentangan pj- gangguan dalam sukan!!xsiap agi...izam..noli...cari bahan!!
6. kuliah...
7. susun2 fail..


Read more...

Tuesday, March 1, 2011

my new ank buah!!

tanggal 28 FEBRUARI 2011,

akak iparku telah melahirkan seorang anak
pada pukul 2 am...
alhamdulillah...nama??xtaw lg
dgr2 crite dr akakku..abg2 dye dh panggil nama AIZAT..
alamakkkk!!nama mcm seseorang yg aq minat la plok!!...
adussssssssssshh..
ni la gmbr2 baby yg smpat aq edit..huhu..


Read more...

Friday, February 4, 2011

Solat Qasar & Solat Jama'


Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
Solat Qasar
Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
Syarat Solat Qasar
1. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
2. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu)
3. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam(sempurna)
5. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)


Solat Jama’
Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Syarat Solat Jama’
• Solat Jama’ Taqdim
1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
• Solat Jama’ Ta’khir
1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib
2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
Contoh Niat
• Jama’ Taqdim
i. Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
• Jama’ Ta’khir
i. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunka kepada Asar tunai kerana Allah Taala


Read more...

Wednesday, February 2, 2011

PRA3101: Pengenalan Kpd PAKK


Pengenalan kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak

Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun.  Mengikut ‘ The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun: 

·        Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak  sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas.
Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.


Read more...

PRA3101: Pertumbuhan dan Perkembangan KK

Pengenalan kepada konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak
Konsep Pertumbuhan:

Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long, 1978). Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya pertambahan berat badan kanak-kanak dati 10 kilogram semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa berumur 3 tahun (Lefrancois, 1990).

Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri seseorang contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya semakin individu membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila pertumbuhan seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja ( Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2002).

Konsep Perkembangan

Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980). Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada berwaran hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewasa.

Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan ” the concept of development, the orderly, durable change in a learner resulting from a combination of learning, experience, and maturation.” Jelas, Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan, pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuai diri kepada persekitaran dan bagaimana berubah melalui peredaran masa. Ringkasnya menurut Slavin, perkembangan ialah “ Orderly and lasting growth, adaptation, and change over the course of a lifetime.” (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelektual, bahasa, emosi, social dan moral seseorang individu (Berk, 2000). Semua perkembangan sama ada berbentuk fizikal, tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.


Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan

  1. Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi.
  2. Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya.
  3. Perkembangan motor kasar  berlaku terlebih dahulu  daripada motor halus.
  4. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada setiap individu.
  5. Pertumbuhan berlaku hingga  satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara berterusan hingga akhir hayat.
  6. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi.  Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.
  7. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat tertentu.
  8. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada  abstrak
  9. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.
                                                                                                (Mok Soon Sang, 2001)


Konsep semula jadi dan pemupukan (Nature Vs Nurture)
Faktor semula jadi atau faktor pemupukan, manakah faktor yang paling mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia?  Persoalan ini telah menjadi perdebatan yang tiada kesudahannya.  Pada masa sekarang tidak ada jawapan yang tepat mengenai persoalan ini.  Alasannya  ialah bergantung kepada beberapa.  Pada satu pihak banyak ciri-ciri manusia dipengaruhi  oleh keturunan.  Contohnya warna mata anda dipengaruhi oleh keturunan (lebih kurang 90 peratus).  Dengan itu, kita boleh katakan bahawa sebahagian besarnya dipengaruhi ileh keturunan berbandingan dengan faktor persekitaran.  Namun begitu ketinggian juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan, hormon-hormon pertumbuhan dan intervensi persekitaran yang lain.   Ciri-ciri yang lain seperti pembawaan dan perasaan malu adalah sangat dipengaruhi oleh perwarisan.

Pemupukan (persekitaran) di mana seseorang individu itu membesar dan berkembang adalah memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku seseorang individu itu.  Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun, persekitaran sangat penting.  Banyak faktor-faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan awal kanak-kanak termasuk pemakanan, kualiti persekitaran, rangsangan otak hubungan kasih sayang dengan keluarga atau ibu bapa dan peluang-peluang pembelajaran.  Keluarga, sekolah, masyarakat dan rakan sebaya juga memberi kesan kepada perkembangan (Morrison , 2001) menyatakan faktor semula jadi dan pemupukan adalah sama penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal.  Interaksi di antara kedua-dua faktor ini telah menjadikan manusia seperti diri kita pada hari ini (Morrison,m.s:193- 195)


Read more...