BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 23, 2010

TERAPI MINDA

Kisah budak 5 tahun

Biha meminta untuk dicuci rambutnya. Memandangkan syampoo bayi johnson dan johnson sudah habis dia mengambil sedikit syampoo"kepala dan bahu".
"Haa..tak mo laa..Biha tak de kutu"
"Aiyokk..Ni bukan syampoo kutu laa..ni syampoo kelumumur"
Ketawa

Kisah budak 9 tahun
"Pupuk rini..pupuk rini"
"Kalau enggak dipupuk nanti digeget nyamuk."
Sambil menepuk-nepuk untuk menidurkan adiknya. Dia ketawa. Hebat betul penangan drama Indonesia "Mutiara Hati"

Kisah budak 3 tahun
"Ok Maira, meh salam"
"Tak mo, Maira nak balik juga," sambil menyorok tangannya ke belakang
"Maira nak pusing," katanya perlahan.
"Apa dia?"kata dia sambil mendekat telinga ke Maira.
"Maira nak pusing-pusing."
Aiyok kena denda la dia.

Kisah budak 5 tahun
"Cantiknya dia..dah makin putih sekarang ni," tegur dia.
Budak itu tersipu ayu.
"Makan apa sampai putih ni?" tanya dia.
"Makan telur"
Ketawa.

1 comments:

tieha said...

inilah kisah yang saya petik dari sebuah bloger yang boleh membuatkan kita tertawa..ia boleh menjadi terapi minda kepada kita semua...arap kamu semua boleh menghayatinya..

Post a Comment